May 24, 2012

guardian angel


Aku seorang penjaga. 

Bukan penjaga kubur. Bukan penjaga anak kucing yang terbiar disekitar Bandar. Dan juga bukan penjaja gerai makanan ringan di hadapan sekolah kebangsaan cina.

Tapi aku penjaga seorang puteri. Bukan puteri santubung. Bukan puteri sejinjang. Bukan juga puteri Sarah.

Puteri Degil.

Dia sangat degil. Adat kehidupan seorang puteri. Makannya berjadual. Minumnya begitu tertib. Mandinya tiga jam sekali. Pakaiannya sutera sehingga di istananya ada pusat penternakan ulat sutera. Semata-mata untuk pakaiannya seorang sahaja. Dan blah blah blah. Penatnya nak diskripsikan satu persatu.

Ahh. Bukan itu yang aku nak cerita. Cerita aku Puteri degil.

Masa makannya, berkejaran aku dengannya satu Bandar. Semata-mata demi sesuap bubur. Benci bubur barangkali. Tapi apakan daya, di istana itu makanan ruji ialah bubur. Setiap kali mandinya, terpaksa dibina tab mandi baru. Kerana yang lama sudah pecah, rosak. Sistem perpaipan juga perlu dibaiki. Gara-gara dia. Dan rakyat jelata juga sudah faham jika air tiada selama seminggu.

Waktu hendak disolek, tak usah cerita. Dia akan menyamar menjadi tukang tilik yang akan datang ke istana setiap pagi untuk diceritakan kepada Raja apa akan jadi pada esok hari. Tilikannya memang kelaut. Tapi aku tak faham kenapa Raja tidak buang tukang tilik itu dari Negara. Ohh, mungkin Raja sedar itu anak perempuan dia.

Aku seorang penjaga yang bercirikan manusia. Adat manusia. Sabar tidak boleh lama. Marah ada hadnya. Hari-hari badan aku berasap disebabkan dia.

Satu hari, aku tidak tahan. 

Aku bunuh Puteri Degil. Aku tanam dia di belakang rumah. Cara membunuh, tak perlu aku terangkan. Cukuplah sekadar aku gantung kepalanya di sebelah tivi, tempat aku selalu bersantai ketika habis kerja. Kini kerja aku mudah.

Boleh tengok tivi sambil pantau Puteri Degil.

Aku masih seorang penjaga.