June 21, 2012

tak berharga


Aku ada seorang kawan. Mungkin kawan. Atau anak jiran. Aku pun tidak pasti yang mana satu. Yang aku pasti, dia anak mak cik semah. Duduk 257 kilometer dekatnya dari rumah aku.

Macam biasa, setiap pagi dia akan jalan kaki selama lima jam untuk kerumah aku. Demi menghantar sebakul buah oren dan satu botol air susu buat sarapan. Mungkin buah oren itu boleh buat fresh oren. Ala-ala western sikit. Tapi apapun aku lebih gemar susu. Lebih ketimurannya barangkali?

“baik anak mak cik semah ni”

Kata orang-orang yang nampak dia ulang alik selama lima jam pergi tambah lima jam balik sama dengan sepuluh jam setiap hari. Aku pun tidak pasti mana orang-orang ini tahu itu anak makcik semah. Mungkin dia pakai nametag demi mengharumkan nama ibunya?

Dipendekkan cerita, puas aku marah, tengking, caci, maki, pukul, bedah, potong kaki tangan dsb. Sebab dia kental gila. Aku bengang. Cemburu buta.

Ada ke patut manusia normal nak jalan kaki pepagi buta sejauh 257 kilometer ulang alik semata demi menghantar sebakul oren dan sebotol susu? Bukan kah lebih baik jika dia menaiki wolksagen kuning milik bapanya yang sudah lama terbiar tepi rumah dan hilang sebelah tayar.

Tetapi dia tidak pernah lali dengan semua itu malah meneruskan juga tabiat buruknya kecuali kalau dia jatuh sakit. Dan masa itu aku akan bertepuk tangan sambil meraikan parti harijadi anak toksu.

“mu ni jahak”

Kata anak pakcik yahaya, uteh comel yang berasal dari kelantan tetapi menetap di melaka kerana akan berkahwin dengan latiff yang berasal dari pahang. Dan mereka bercadang untuk menamakan anak mereka najwa.

“mu ni jahak”
“mu ni jahak”
“mu ni jahak”
“mu ni jahak”
“mu ni jahak”
“mu ni jahak”
“mu ni jahak”
“mu ni jahak”
“mu ni jahak”
“mu ni jahak”
“mu ni jahak”

Terngiang-ngiang aku suara uteh comel ini setiap kali mahu tidur, makan, mandi, main internet. Senang cerita disepanjang kehidupan dan kegiatan aku akan terbayang suara ini.

“ye uteh, aku ni memey jahak!”

Tengking aku sampai orang kat tingkat empat yang tengah tidur terjaga, dia ingat gempa bumi daerah mana. Tapi uteh comel tak takut. Dia balas lagi ada lah. Wah besar kepala uteh nihh.

"hehh, mu nak napar???"

Sekarang aku yang terkedu terkaku lidah terkelu.