April 07, 2011

aku bukan sesiapa

"sila perkenalkan diri anda," kata ketua fasilitator itu.

aku naik keatas pentas. tempat pengucapan awam. tempat guru menyampaikan bahan ilmiah. tempat si ayah memberi nasihat kepada anaknya. tempat ahli PIBG mengusulkan cadangan mereka. dan tempat ahli politik menyampai madah ucapan mereka.

aku tarik mikrofon.

"hello. saya seorang manusia. saya gedik. saya gembeng. saya chengeng. saya suka amik perhatian orang. saya kurang kasih sayang. saya suka buat orang susah hati. segala yang buruk itu saya. tolong. jangan kawan dengan saya."

semua yang ada di dalam dewan dan setia mendengar itu tercengang.