March 06, 2011

andai diri tidak berperikemanusiaan lagi

Aku ternampak sepasang burung. Cantik rupanya. Sayapnya berkilat bagai mutiara. Mereka terbang berdua menghampiri tebing kolam tempatku mengelamun. Duduk mencatuk air menghilangkan dahaga. Kemudian, seekor kekanan, seekor kekiri. Merajuk agaknya. Tukas aku.

Tekaan aku benar sekali. Lantas si jantan menghampiri si betina. Menguis-nguis kakinya. Si betina malu-malu. Segan tak bertempat. Menyampah pula aku lihat.

Tak sampai sekelip mata, paruh mereka hampir bertemu. Amarahku datang bertimpa-timpa. Tak malukah mereka bercumbuan di khalayak ramai?

Aku lupa yang mereka hanya pasangan burung. Dengan penuh rasa dendam, aku melebarkan tangan membaling sebiji batu sebesar penumbuk bayi yang baru aku kutip tadi.

Kena!

Kena sayap kiri si betina. Balingan yang tidak sia-sia. Kerana terkejut, si betina itu tadi terjelupuk kedalam kolam. Terkial-kial mencari nafas.

Bersama paruh yang lebih besar dari kereta mainan itu, si jantan terus terbang ke arah ku. Dengan niat membela si betina. Tapi, dia lupa bahawa aku dengannya tidak sama kekuatan. Menggelabah aku mencari selipar yang aku buka tadi. Buat-buat takut.

Lantas aku baling selipar ke arah si jantan yang sibuk terbang ke arah ku dengan niat dapat mengalahkan aku.

Pap!

Kena. Balingan aku sekali lagi mendahului perbuatannya. Jatuh dia ke dalam kolam bersama-sama selipar ku. Kasihan.

Aku gelak besar. Kerana aku menang. Dan dapat beli selipar baru yang dah bertahun aku tak tukar.