February 26, 2011

rungkainya dengan mata hati kamu

Tentu pengemis itu merasa teramat sedih jika tiada sesiapa yang mahu berkawan dengannya malah pandang pun tak mau. Muka terpaling jika memandangnya. Kerana pengemis itu tak punya apa kecuali sebatang mop dan penyapu lidi.

Semestinya dia tidak mampu untuk membeli jiwa sesiapa pun hanya dengan dua benda itu.

Yang dicari dalam dunia suka-suka ini hanya orang-orang yang tidak menyusahkan sesiapa.

Yang punya wang berjuta.

Punya pengaruh yang hebat.

Punya emosi yang bisa mencairkan dunia.

Dan lain-lain bagai.

Si pengemis tidak termasuk langsung dalam senarai. Malah dibuang jauh-jauh dulu agar tidak ter-masuk dalam senarai itu. Kerana dia tak punya apa-apa.

Jika ter-masuk secara tiba-tiba sekalipun, pasti pengemis itu akan disorok dari dunia melihatnya berkawan dengan orang yang berbagai itu tadi.

Tiada siapa sedar, dia punya keistimewaan. Keistimewaan yang tiada tandingan. Yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Jika dilihat dengan mata kepala sekalipun, belum tentu keajaiban itu berlaku.

Hanya mata hati yang boleh merungkai keistimewaan itu. Mata hati tak pernah berdusta.

Dia bisa membersihkan setiap ludahan yang disepah atau dihuru-harakan oleh kawan-kawan yang punya segala bagai itu tadi.

Kerana dia punya sebatang mop dan penyapu lidi.

Apakah itu tidak cukup lagi. Perlukah dia menerima cacian kerana hinanya menjilat setiap apa yang diludahkan oleh orang yang berbagai itu tadi. Lihatlah dia dengan mata yang sebenarnya.

Jangan butakan mata hati yang tidak pernah berdusta.