February 21, 2011

mata mata tidak bertuan

Bingung. Duduk menghadap dinding tanpa berbuat apa yang patut. Tunduk. Malu.

Kesal.

Terkadang aku terfikir. Layak aku mendapat hinaan dan cacian dek dosa dosa yang bertimbun tak bertuntut.

Termenung sebentar.

Mereka ketawa megah berbangga diri kerana terlepas dari hinaan dan cacian itu.

Tidak seteruk mana.

Tidak juga sesakit mana.

Cuma dapat melumpuhkan satu jiwa andai tidak pandai mengawalnya.

Tak mengapa.

Kalau sudah lumpuh, dicubit semut pun takkan rasa sakitnya dijasad. Cuma mungkin bisanya akan terkesan di dalam rohani.

Mudah kan.

Elak atau langgar. Itu saja pilihan yang ada.