November 01, 2014

izinkan aku

jika diizinkan kamu,
mahu aku menjadi cahaya itu.
menyinari setiap batas suram hidup kamu.
menyuluh setiap kaku langkah gelapmu.
menemani setiap jatuh bangun kamu.
melengkapi setiap genap inci baik burukmu.

aku mahu,
menjadi pendamping kamu.
dikala kamu sepi,
akulah pengubat duka laramu.
dikala kamu merasa letihnya hidup didunia ini,
akulah yang membantu memapahmu agar kamu lebih kuat.
dikala kamu merasa apa itu erti bahagia,
akulah yang akan tersenyum dari jauh dan mengucap syukur.

waktu itu serasa dunia ini hanya milik aku.
segalanya indah belaka.

izinkan aku untuk mengasihi kamu.
kerna aku betul yakin,
yang kamu tidak akan menyesal jika memilih aku.