March 28, 2013

mampuslah

Tegang-- seperti ada yang tak kena.
Masing-masing tak senang duduk.

Aku cuba garu. Tak jalan.
Aku tarik.
Aku cubit.
Aku pukul.
Aku sepak.
Aku tendang.

Tidak ia bergerak. Tidak juga ia melawan.

Aku cuba lagi.
Aku terajang.
Aku tikam.
Aku cincang.
Aku toreh.
Aku siat.

Masih. Tiada apa reaksi. Senyap. Sunyi.

Aku-- putus asa.
Mengalah akhirnya.