February 03, 2013

hati


Aku bukan orang senang. 
Apa aku nak, takkan dapat serta-merta. 

Sebenarnya. 
Tak semua yang aku nak, akan dapat. 
Kalau pun ada. 
Makan masa. 
Lama. 

Kadang-kadang sampai aku lupa apa dia yang aku nak. 
Nak cepat? Boleh. 
Beli sendiri. 
Mana nak dapat duit?
Pandai-pandai lah kau cari. 

Bila dah dapat, aku akan jaga. 
Jaga sepenuh hati. 
Tatang bagai minyak penuh. 

Jadi hati, sila belajar bersabar. 
Kerana aku bukan orang senang.