November 23, 2012

semut hitam


Taip. Padam. Taip lagi. Padam lagi. Dua perenggan sudah didahului. Masih tak menjadi-jadi. Berhenti sekejap. 

Arghhhh asdfghjkl lah writer block nih!

Usap perut. Lagaknya macam sudah tiga bulan.
Besar dah anak mama.
Anak-anak lemak. Yang terkumpul dek hobi aku yang suka tidur selepas makan. 

Syurga. 
Ya, memang sangat syurga.

Apahal banyak sangat semut dekat laptop aku nih?! *marah*

Aku mahu bunuh itu semut. Picit-picit tekan sampai lumat kemudian baling ke lantai. Dan dipijak oleh adik gemuk.

Jangan. Kau bukan malaikat maut pencabut nyawa. Kata hati.

Habis tu? Nak aku biarkan?!
Biarkan dia merayap kesana kesini sehingga jumpa tubuh kaku aku dan kemudiannya terjumpa rongga di badan aku merayap merayap dan terus merayap sehingga mengacau detik jantung aku melalui ruang hati aku merayap naik ke bahagian otak aku dan memakannya sedikit demi sedikit dan akhirnya semut itu tadi yang menjadi malaikat maut untuk aku. 
Aku mati dan meninggalkan tubuh rompong yang asalnya molek gebu kini dicemari oleh beratus ribu riban ekor semut yang sudah beranak pinak dalam badan disebabkan seekor yang memakan tadi adalah ratu semut.

Begitu? Begitu yang kau mahukan bukan?!
Diam dan terus diam. Dan akhirnya aku tak dapat apa. Alangkan badan aku pun sudah dirampas oleh kroni semut, lagi apa yang aku mampu buat.

Aku tak mampu buat apa-apa.