September 14, 2012

jangan


Kasih?
Jangan terlalu tumpah.
Sayang?
Kurangkan sedikit manisnya.
Rindu?
Tak perlu begitu ketara.
Janji?
Jauhkan dari sehidup semati.

Kerana.

Perpisahan seperti menyiat kulit kambing hidup-hidup untuk diproses kulitnya dijadikan beg tangan berjenama.
Dan kambing malang itu adalah kau.