February 25, 2012

gadis dan aku


Satu hari. Tenang. Langit tidak segarang selalu. Matahari pula kelihatan malu-malu untuk mengeluarkan cahayanya yang memberi kehidupan kepada pokok-pokok yang tumbuh melata. Angin juga tidak mengamuk semena-mena. 
Semuanya bagaikan sempurna melayan perasaan masing-masing tanpa mengganggu aktiviti-aktiviti manusia yang sedang berlangsung.

Ada satu pohon. Rendang. Berbuah. Ranum. Agak lembik buahnya, tapi isinya sangat manis. Di bawah pohon yang menyelesakan itu terdapat dua orang manusia. 
Seorang sedang leka memetik gitar dan seorang lagi sedang khayal menghayati melodi indah yang menyegarkan telinga. 

Itu gadis dan aku. 

Gadis memandang aku dengan penuh mengancam. Sambil tangan rancak memetik gitar menciptakan sebuah lagu untuk aku yang setia mendengar. Aku terlalu leka dan khayal. 

Entah nafsu apa yang merasuk, gadis dan aku kini bertaut. Bahu ke bahu. Dada ke dada. Mulut ke mulut. Mata terpejam. Masing-masing menikmati kehangatan mentari yang sedia ada antara satu sama lain.

Sudahnya, gadis dan aku terlelap kepenatan. Begitu lena. Dan saling berdakapan. Bahagia mereka berdua dibawah pohon yang rendang itu sampai bila-bila.

*Ini bukan lucah, gila.