October 16, 2011

pulang ke ganggang

Lama aku tak luangkan masa untuk menulis apa-apa yang tiada makna disini. Bukan tak sudi, tapi aku sibuk. Entah apa yang disibukkan aku pun tak mengerti. Setiap hari berkejaran dengan bas UTeM, dan kali ini dengan bas persiaran pula.

Ya, semua itu sudah cukup untuk aku melupakan corat coret faz buat sementara waktu ini.

Bersarang sudah corat coret ini. Ketika aku log in, aku ternampak sekumpulan anak spiderman bertebaran berlari sambil menunjukkan jari hantunya yang tak seberapa kearah aku kerana padanya aku sudah merosakkan habitatnya. Tapi dia lupa, sepurnama dia bersarang di tempat orang yang dia tak tahu siapa tuannya.

Itulah haiwan. Tiada akal dan tidak boleh berfikir dengan waras.

Aku sebagai manusia harus tunjukkan contoh yang terbaik kepada haiwan maya ini supaya mereka dapat berfikir dengan tulen.

Cerita aku banyak. Tak terkira. Dan setiap apa yang aku cerita itu memang terjadi pada aku. Kalau tak percaya, jangan masuk corat coret faz.

Dilarang keras.

Aku akan cerita nanti. Sekarang aku penat. Jari jemari lemah untuk menaip. Homesick lebih.