February 11, 2011

HUH

Rasanya macam, kau dah berubah. Dah jauh dari aku. Kau tak macam dulu.
Sudah terbalik dengan diri aku.
Betul ke?
Ataupun, aku ni sedang mengalami kecelaruan personaliti yang dipanggil HISTRIONIK – selalu inginkan perhatian orang lain.
Mungkin juga PARANOID – tidak menyenangi hubungan sosial yang rapat.
Boleh jadi BODERLINE – selalu berusaha untuk menghilangkan perasaan ditinggalkan atau keadaan yang diabaikan dan merasakan bahawa kehidupannya kosong dan sukar menangani perasaan marah.
Apabila BODERLINE sudah menguasai manusia, seseorang itu akan sering meluahkan ancaman bunuh diri atau mencederakan diri sendiri.
Bahaya. Teramat sangat bahaya.
Tak mahu aku mati tidak bertanda. Tapi itu bukan kuasa aku.
Aku harap, ini semua hanyalah khayalan diriku semata. Mungkin juga sebab terlalu obsess dengan novel-novel thriller karya Ramlee Awang Murshid, aku tidak dapat lagi bezakan antara realiti akal dan fantasi jiwa.