December 09, 2009

terhapuslah dikau

yeah hapuskan dia.
hapuskan semua rasa cinta yang ada di hati.
dan rasa cinta ini sudah lama terhapus dan
bukan sengaja aku mahu hapuskannya.
lama menunggu dan terlalu malas untuk menunggu lebih lama.
kenapa nak kejar lagi benda yang tak mampu kita kejarkan.

dari rasa kasih dan cinta.
semuanya bertukar kepada satu perasaan benci.
ya,aku membencinya
sebagaimana aku membenci
betapa payahnya aku kejarkan dia walaupun dia tidak berlari.
lenguh kaki mengejar, lalu jatuh
dan terluka hatiku hingga terlalu lama
masa yang diambil untuk sembuhkannya.

dan luka itu belum sembuh lagi.
betapa dalamnya luka itu dan aku tak mahu ianya bertambah parah.
sebelum terlambat, baiklah aku hapuskannya.
hapuskan rasa cinta itu.
itu yang terbaik buat diri dan hatiku.
tak perlulah menyeksa diri ini lagi.

biarkan mereka ketawa.
melihat aku menderita.
menggapai cinta yang tak seberapa
dan tidak tergapai akhirnya.
biarkan sahaja.
kerana aku teramat yakin,
Allah tidak akan membiarkan hambanya
menderita keseorangan.