August 03, 2020

Kau kira, kesempurnaan itu apa?

Maaf kerna aku belum cukup sempurna dimatamu.
Kerana padaku, perjalanan kesempurnaan itu terlalu jauh dan berat. 

Kukira aku tidak mampu habiskan perjalanan. Namun suara itu kerap berkata; 

"Perlahan sedikit, laju-laju nanti kau akan tersadung dek batu bulat itu. Tidak apa perlahan, kerana pengakhiran kau dan yang lain bergantung kepada cara kau sendiri mendefinisikan erti kesempurnaan."

Dan kata-kata itu menjadi tunggak perjalananku.
Jadi maafkan aku, jika belum ternampak sempurna.

Kerana jelas, definisi kesempurnaan kita  mungkin tidak sama.