January 28, 2020

Angin

Balik kerja tadi, mak bagitau aku yang dia mahu balik kampung hantar nenek besok pagi berdua sama abah. Aku jadi marah. Bilangku padanya, bukan kita sudah berjanji hari Sabtu? Mak terus-terusan beri alasan. Aku marah mendadak. Nafas turun naik. Emosi bolak balik. Persoalan adikku bertanya mahu makan atau tidak aku jawab dengan perkataan sepi.

Masuk rumah. Mandi. Terfikir lepas mandi segera saja tidur. Pakai baju. Duduk diri bidai katil. Surfing.

Keluar. Cari emak yang sedang sidai jemuran.

Tenang aku bertanya dan menyoal. Dan kata putus diberi; hantar nenek Sabtu ni.

Ya, aku berjaya lawan emosi malam ini. Biasanya aku akan terus tidur jika sebegini terjadi. Tapi malam ni, aku tukar percaturan.