April 15, 2014

Manusia bukan malaikat

kau hanya cakap apa yang kau nampak.
tapi yang aku rasa, ada kau kesah?
manusia. biasalah tu.
suka lihat hasil orang.
suka akan kejayaan mereka.
suka nak banding kan masa senang seseorang.
eh, bestnya jadi dia.
eh, besarnya kereta dia.
wow, hemsemnya pakwe dia. tak padan langsung.
pernah kau fikir sebelum bersuara?
pernah kau fikir dia hidup senang setelah hampir separuh mati jatuh dari hidup?
pernah kau tahu bapak dia tiga kali jumaat baru cuti untuk semayang jumaat semata demi sesuap nasi?
pernah kau bayangkan kecewa dia terhadap seseorang hingga makan masa bertahun untuk buka hati?
manusia.
memang suka lihat yang manis.
cela tolak tepi.
tapi apa nak buat.
memang ini fitrah manusia.