April 14, 2014

Duhai Rona

"Awak disahkan menghidap kanser tahap 4. Maafkan saya cik," kata doktor yang memeriksa Rona.
"Tapi doktor, setiap petang saya jogging. malamnya saya workout. Saya tak pernah rasa letih. tak ada satu benda pun yang mencurigakan. Hinggalah...," Rona terhenti berbicara. Terimbas kembali insiden yang menyebabkan penyakit yang dihinggapinya ini terbongkar.

Imbas kembali.

Petang itu seperti biasa Rona beriadah bersama temannya. Mahu kurus katanya. Dia pelik dan hairan kerana sudah berminggu-minggu dia beriadah, tetapi tak juga kurus. Petang itu, mungkin terlalu asyik beriadah, akhirnya dia jatuh pengsan. Rakannya begitu cemas sekali lalu membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Saya pun hairan dengan penyakit awak ni cik. Berdasarkan laporan yang saya terima dari pihak analisa, ianya mengatakan bahawa awak perasaan awak untuk beriadah mengalahkan rasa sakit awak itu. Awak memang seorang yang kuat semangat cik," puji doktor.

Rona terdiam. Terduduk. Kaku. Lemah.
Memang benar. Selama ini perasaan ghairahnya untuk beriadah setiap petang mengatasi segalanya. Seakan ada sesuatu yang menjadi persaingan di minda rona. Dia harus menyegerakan sesuatu.

"Terima kasih doktor. Doakan saya supaya dapat bertahan hingga cita saya tercapai, doktor," ujar Rona sambil bergegas keluar. sebak rasanya dia melihat doktor yang bersungguh merawatnya.

Keesokannya, seperti biasa Rona keluar beriadah dan memerhati di suatu sudut. Entah kenapa, seperti ada suatu semangat yang dia inginkan sejak dulu lagi, datang menerpa.

Rona berjalan. Laju. Berdebar. Lantas menegur seseorang.

"Hai awak. Saya Rona. Dah lama saya perhatikan awak. Setiap petang awak ada kat sini kan. Mesti awak tak perasankan saya. Saya tau awak nak jogging bukannya nak usha perempuan kan. Can you do me a favour? Saya nak jogging dengan awak hari ni. Dah lama saya nak cakap. Tapi saya rasa hari ni yang paling sesuai. Tapi kalau awak taknak, tak apalah," petah Rona berkata. Belum sempat Rona memaling muka, lelaki yang selalu diperhati oleh Rona menjawab,

"Why not? Jom!"

Alangkah gembira tidak kepalangnya Rona. Setiap langkah mereka dinikmati sepenuhnya oleh Rona seolah hampir tiada hari esok baginya.

*****************

"Weh Man. Kau ingat tak budak perempuan freak yang selalu usha aku masa jogging tu. Last2 dia ajak aku jogging sama. Mana dia hah? Dah dua minggu aku tak nampak dia. Tertunggu jugak aku ni hah kot2 dia nak ajak aku jogging lagi," luah Audri, jejaka yang begitu diminati oleh Rona semenjak dia mula beriadah di taman itu.

"Lah. Kau tak tau ke? Dia dah meninggal dua minggu lepas. A day after dia jogging dengan kau tu. Member aku bagitahu dia ada kanser. Kanser ape ntah aku pun tak tau. Tulah kau. Orang tu dah lama usha kau tapi kau yang jual mahal sangat. Nak tapi ego. Haa kan. Dah melepas. Betul2 punya melepas pulak tu," sindir Man sambil meninggalkannya di belakang setelah kawannya yang lain memanggil untuk meneruskan jogging.

Audri terdiam. Dunia dirasakan gelap dan berputar. Maunya dia menjerit. Dan mengatakan,

'Rona, maafkan aku. Aku cintakan engkau.'