February 03, 2012

hapuskan


Terlerai. Air mata bertaburan. Jatuh ke lantai.

Dijilat sang semut yang setia mencari makanan untuk keluarga di rumah. Sangkanya manis, rupanya masin. Beredar sang semut itu. Dengan kudrat yang tak seberapa, dia berikrar untuk mencari makanan agar hati-hati yang ada di rumah tidak menangis kelaparan. Setianya sang semut itu.

Antara kasih dan sayang. Antara keikhlasan di hati. Antara ketulusan yang abadi.

Nampak sama. Tapi ada yang berbeza. Tak nampak? Sila guna kanta pembesar.

Aku nampak. Tiga benda yang kalau ianya bergabung. Akan lahir satu rasa. Rasa itu anugerah Allah. Jika tidak dijaga, maka pincanglah ia.

Cuba pisahkan lagu dan irama. Cuba sekat pergerakan ombak yang menghempas pantai. Cuba siat kulit dari isi.

Dapat?

Tentulah tidak. Kau kalah. Takkan dapat.

Dan jangan cuba ganggu mereka. Kelak binasa akan terpalit ke engkau.