November 06, 2011

salam adha

aku tiada duit berkepuk. untuk dikorbankan seekor lembu.
aku tiada intan permata. untuk diagihkan kepada insan yang masih tahu menilai dunia dengan akal.
aku tiada apa-apa.
untuk dikongsikan kepada sesiapa yang memerlukan.

aku cuma ada satu ucapan.

terima kasih.

kepada kedua orang tua. kerana sudah mengorbankan aku segalanya sejak aku kecil sehingga dewasa.
dari kaki aku dua jari mereka sehingga ke saiz lapan.
kerana menatang aku bagai minyak penuh.
memberi aku cahaya bahagia. menghapus segala rasa duka.
membuat aku rasa mahu hidup selamanya.

terima kasih, mak. abah.

selamat hari raya aidiladha.