August 11, 2011

kekasih sejati

Masuk hari ni, dah berapa banyak berita tentang kematian yang aku dengar. Terbaru, jiran aku meninggal dunia kerana jatuh bilik air. Innalillah.

Bila dengar cerita sebegitu, aku jadi takut. Takut pada balasan Allah yang tak kenal siapa diri ini. Bila-bila masa saja aku akan dijemput menghadapNYA pula. Cuma tak tahu bila dimana dan macam mana keadaan.

Terlanjur bercerita, ingin aku bawakan satu kisah. Tragedi yang sangat mencuit hati kecilku. Dan trgedi yang kekal tersemat didalam diri dan sebati sampai mati.

Sewaktu aku darjah empat, aku ada seorang abah yang sangat sempurna budi bahasanya. Akal fikirannya. Gaya pemikirannya. Itu semua sudah cukup kan untuk aku kata yang dia sangat sempurna. Dan bukan pada kemewahan.

Aku ingat lagi, abah suka cek kerja rumah aku. Dan kalau aku kantoi tak buat kerja rumah, dia akan tibai aku cukup-cukup. Sampai aku tak berani tak buat kerja rumah walaupun sekadar tulis ABC. Perkara itu berlaku hari-hari.

Abah suka umpan aku. Contohnya.

Abah akan beli beg sekolah baru kalau kak long dapat A dalam sains.

Dari situ aku akan belajar bersungguh-sungguh. Maklumlah masa tu zaman 90an kan, kalau ada beg tarik-tarik macam luggage tu dah kira untunglah kat sekolah tu. Nanti semua orang nak kawan kann.

Satu malam tu malam jumaat tak silap, aku, abah dan adik lelaki aku pergi makan kat luar tanpa ditemani mak. Kami berbual-bual kosong dan pada masa yang sama abah nasihatkan kami berdua.

Tiba-tiba aku teringat yang abah pernah janji dengan aku dia akan belikan pen glitter yang warna-warni untuk aku kalau aku dapat B dalam matematik. Pen tu famous okey kat sekolah aku dulu. Kalau ada pen tu nanti orang ramai nak kawan. Haha.

Masalahya aku tak pernah dapat B pun. Paling tidak D.

Tapi hari tu aku dapat markah matematik 66%. Kira B lah tu kann. Terus aku bagitauu abah yang aku dapat markah yang abah nak. Abah pun gembira walaupun yang aku dapat tu bukan A tapi sekurang-kurangnya anak dia ada usaha untuk berjaya macam anak orang lain.

Besoknya, jumaat. Macam biasa lepas balik sekolah rendah pergi sekolah agama. Lepas balik sekolah agama main-main kat luar rumah dengan jiran tetangga. Darjah empat kan. Masa tu dunia kitaa yang punya.

Tiba-tiba mak terkocoh-kocoh masuk dalam rumah sambil jerit

“kak long, siap!”

Aku pun jadi pelik laa. Pelik gilaa. Padahal masa tu mak tengah suap adik makan kat luar sambil melayan karenah jiran-jiran yang lain. Lepas tu, aku Nampak jiran aku sorang ni, dia memang rapat dengan bapak aku, macam isi dan kuku, datang rumah aku bawak kereta sambil cakap

“kakak, naik cepat. Panggil adik”

Aku lagi pelik gila sampai rasa nak jerit

“wooooi apehal semua ni?”

Tapi tak terjerit pun. Haha. Dalam kereta mak macam cacing kepanasan. Aku tanya kenapa. Jiran aku yang tolong jawabkan.

“abah eksiden”

Aku terdiam. Tak berani tanya lagi. Tiba-tiba aku rasa nak menangis. Sebab abah dah janji nak belikan pen tu hari ni. Bila dia eksiden, kiranya lambat lagi lah aku dapat pen tu.

Tu diaa. Bukan aku fikir abah. Tapi fikir pen. Yelah umur aku baru sepuluh tahun kan masa tu.

Sampai je hospital, mak meluru dalam wad kecemasan tu. Masa tu jiran-jiran aku semua dah ada kat situ. Lincah betul diorang? Tapi tak semua la. Aku lupa yang aku ni naik kereta dan takde orang yang boleh ikut belakang. Hmm.

Aku pun pergi kearah wad kecemasan dengan niat nak cari mak. Tiba-tiba, aku ternampak seorang lelaki terbaring atas katil dan mengerang kesakitan. Sakit yang amat sangat. Aku amati betul-betul. Ehh. Itu abah. Aku terkedu. Kemudian berpaling. Aku tak sanggup nak tengok lagi. Lepas tu aku nangis. Nangis gila-gila punya.

Masa nangis, ade anak jiran aku ni tengok aku. Masa tu aku rasa malu lah jugak nagis depan dia sebab aku suka dia. Haha. Tapi lepas tu aku tengok dia pun nak nangis jugak. Kuikuikui~

Lepas siap semua urusan pindahkan abah ke ICU, mak turun bawah. Jumpa aku. Mak nangis tengok muka aku. Aku cakap kat mak.

“mak, abah janji nak beli pen glitter hari ni,” syahdu je suara aku.

Lepas tu mak cakap

“sabarlah sayang, nanti abah baik abah belikan, ok,” mak pujuk aku sambil lap air mata yang mengalir dekat muka aku.

Still boleh fikir pasal pen kan. Kejamnya aku.

Hari berganti hari minggu berganti minggu bulan pun berganti.

Lepas masuk ICU abah kena pindah dalam wad. Keadaan dia masa eksiden? Rusuk dia patah, tak perasan patah belah mana dan hampir tercucuk paru. Ngeri.

Masa duduk wad tak payah cerita lah. Mak tiap-tiap malam tidur hospital. Sampai badan mak kurus cengkung sebab tak lalu makan. Aku dan adik-adik nenek yang jaga. Tapi siaplah. Nenek jaga tak macam mak jaga. Makan kemana belajar kemana ape kemana.

Situasi masa tu sedih sangat. Rasa macam anak terbuang je.

Beberapa bulan kemudian, abah dah sihat. Tapi belum sepenuhnya. Masih perlu dipantau dari semasa ke semasa.

Dan ada perkara yang terjadi. Abah terkena badi orang india yang mati kat sebelah katil dia masa kat ICU dulu. Dia sihat tapi dia tak sedar siapa diri dia dan anak-anak.

Bila dah balik rumah, mak dengan tok bawak dia pergi berubat dekat Pahang. Tinggallah aku, adik aku dengan nenek kat rumah.

Satu hari tu, aku taknak pergi sekolah sebab kerja rumah aku tak siap. Masa zaman aku, cikgu sekolah garang-garang. Tak siap kerja rumah je terus hantar dekat guru besar. Guru besar ada macam-macam jenis rotan. Yang besar. Yang halus. Yang nipis. Tinggal pilih je.

Nenek marah. Nenek suruh jugak aku pergi sekolah. Aku pergi, tapi dengan hati yang berat sangat.

Seperti yang dijangka, aku bersama beberapa kawan aku yang lain kena masuk bilik guru besar.

Sampai giliran aku, dia tanya.

“boleh jelaskan kenapa tak siap kerja rumah?”

Aku pun jawablah dengan perasaan cuak gilaa.

“saya jaga adik, sebab tu tak sempat buat,”

Aku tak sangka jawapan aku tu buat dia hangin gilaa. Sampai dia jawab macam ni.

“yang awak jaga adik awak tu kenapa, mak bapak awak buat apa kat rumah haaa?”

Pehh lepas dia cakap macam tu, air mata aku mengalir mencurah-curah keladang gandum. Sampai tak tercakap kenapa.

‘ayah saya eksiden, mak saya kat Pahang hantar ayah saya berubat sebab tu saya kena jaga adik-adik’

Tapi aku cuma cakap tu dalam hati. Lepas tu ape lagi, kena tibai lah aku kat tangan dua kali. Rasa dia, huh berdesing. Sampai sekarang aku terkilan sebab tak cakap kat guru besar kenapa sebabnya. Kalau aku cakap, mesti aku dikecualikan kann.

Aku bukan apa, aku malu sebenarnya sebab antara yang kena tibai tu, ada sorang yang aku suka kat situ. HAHA.

Lepas berapa minggu, mak pun pulang ke rumah. Aku tengok ada satu perubahan yang berlaku dalam diri abah. Abah dah jadi lain. Lain sangat. Sampai satu masa aku sedar yang abah dah berhenti merokok.

Alhamdulillah.

Lepas daripada tu, jiran-jiran aku buatkan kenduri untuk kitorang. Masa tu lah, mak dapat anugerah ibu mithali. Usai kenduri, aku bagitau abah. Pasal pen tu. Tak menyempat nak tunggu besok. Besoknya kami pergi cari pen tu dekat kedai alat tulis.

Lepas tu, aku pergi sekolah dengan bahagia sekali. Sebab ada pen baru. Sampai ada kawan aku cemburu. At last, pen tu kena curi. Dekat aku tinggal satu je dari lima batang. Warna hijau.

Aku ada tanya sorang kawan aku ni, pasal pen tu. Dan jawapannya seperti dijangka. Dia tak tahu. Tapi dalam bekas pensil dia ada empat batang pen glitter yang sebelum ni aku tak pernah nampak pun.

Tapi aku tak berani tanya lebih sebab dia taiko besar katanya. Haha taik-besar adalah.

Kesudahan cerita, aku dan keluarga hidup dengan aman damai sampai sekarang dan menghargai setiap masa yang ada bersama. Cuma kadang-kadang aku ni degil sikit tak dengar cakap abah. Sorry bah.

Tapi yang penting, kak long sayang abah, sangat dan taknak hilang abah buat kali kedua. Tsk.

Cerita ni pernah jadi presentation aku untuk BI masa kat matrik dulu. Tapi aku tak dapat habiskan sebab tiba-tiba rasa sebak semasa bercerita.

#malu gilaa kot masa tu. Haha.