June 01, 2011

selamat hari lahir, sahabat

kita jumpa masa tu perjumpaan budak budak baru tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan desa skudai.

aku tegur kau.

"budak baru ke? dari mana?"

kau pun bertanyakan soalan yang sama.

tiba tiba, kita macam serasi. walau kelas tak sama. rumah pun selang satu longkang jaa.

pergi sekolah jalan kaki sama sama. naik motor pun sama sama. rehat pun sama sama. stalker orang pun sama sama. gaduh sama sama.

sakit hati sama sama. tak bertegur sama sama.

macam macam dah benda yang kita buat sama sama. dari mula masuk sekolah sampai
habis sekolah. sampai sekarang.

seronok kawan dengan kau. dunia kau, dunia aku. dunia aku, dunia kau. paling seronok bila nak hang out dengan kawan kawan, kita akan cuba segala macam baju yang ada dalam laci dan almari.

HAHA. cukup kelakar.

SELAMAT HARI LAHIR yang ke 19. semoga apa yang kau inginkan dalam hidup, akan tercapai. ingat pesan aku. belajar rajin rajin. kekalkan pointer kau.
jangan menggatal je.

kalau nak menggatal, ajak aku sekali tauu.

HAHA.