May 08, 2011

ini baru sahabat yang sebenar

ini mak aku. sahabat terbaik aku. kasih sayang dia pada aku melebihi segalanya. tiada tandingan dan tak boleh lawan. nanti mesti kalah.

aku sayang dia.

bukan setakat hari ni tapi sampai bila bila.

aku selalu sakitkan hati dia. tapi dia tak pernah kisah. dia tak pernah merajuk. ambil hati pun tidak.

dia lah yang menyokong aku dikala aku hilang semangat. segalanya akan aku curahkan pada dia. tak jemu dia melayan aku. malah dia akan melakukan apa saja bagi pihak aku.
menepis segala yang perit untuk ditelan. menyuapkan segala yang manis untuk dikunyah. segalanya dia mampu.

tiada siapa akan mampu menggantikan tempat dia untuk aku. takkan ada sesiapa yang mampu dan mahu.

mak, i LOVE youu. tears.