January 29, 2011

istana berhantu

aku mahu keluar dari istana itu. aku mahu keluar dari kemewahan yang hanya di mata tapi derita di hati.

aku mahu keluar.

aku rela dihalau kalau aku tak mampu keluar. dan aku tak rela dijadikan hamba yang dijanjikan seribu kebebasan tapi tiada satu yang terlaksana. ibarat menunggu buah mangga yang ranum jatuh dari pokok tapi akhirnya si tupai yang berjaya ambil mangga itu dari pandanganku.

aku tak rela.

aku tak mahu mandi berendam darah. aku tak mahu makan berlaukkan paku. aku tak mampu minum air yang rasanya seperti kulat dan hama.

biar aku keluar. dari terus dicerca diseksa dimaki dihina.

jangan halang aku. aku tak boleh terus berada di istana itu. itu bukan tempat aku. aku tak layak.

lebih dari seribu kali tak layak.